Anwar Ibrahim melakukan sepak mula pada Pertandingan Bola Sepak di Padang Merdeka, Port Dickson. FOTO Aswadi Alias
Anwar Ibrahim melakukan sepak mula pada Pertandingan Bola Sepak di Padang Merdeka, Port Dickson. FOTO Aswadi Alias
Syed Umar Ariff dan Ifwan Tun Tuah

WALAUPUN umum menyedari hubungan dingin antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak ramai tahu mereka meminati pasukan bola sepak yang sama iaitu Manchester United (MU).

Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, mendedahkan pasukan kegemarannya itu ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pertandingan bola sepak Piala YB Ravi di Padang Merdeka di sini, hari ini.

“Saya sokong Manchester United, sejak awal lagi,” katanya ringkas sambil berjalan ke kenderaan yang menunggu untuk membawanya ke majlis lain sempena kempennya di Port Dickson, hari ini.

Terdahulu Anwar melakukan sepak mula menandakan pertandingan bermula secara rasmi.

Najib yang terkenal sebagai peminat tegar MU, pernah mendedahkan gaya permainan pasukan itu sebagai faktor beliau menyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu sejak kecil.

Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan berkata, berbanding musuh tradisi, Liverpool yang gah dengan kejayaan lampau, MU sentiasa memperoleh kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 11:10 PM