NOOR Syafiqa Kamas, 29, menunjukkan gambar bapanya, Kamas Samah, 64, yang dicari bagi membantu memudahkan proses pernikahannya pada awal November depan ketika ditemui Durian Tunggal, Alor Gajah. FOTO Mohamad Yatim Latip
NOOR Syafiqa Kamas, 29, menunjukkan gambar bapanya, Kamas Samah, 64, yang dicari bagi membantu memudahkan proses pernikahannya pada awal November depan ketika ditemui Durian Tunggal, Alor Gajah. FOTO Mohamad Yatim Latip
Mohamad Yatim Latip


WANITA yang bakal melangsungkan perkahwinan November ini berharap dapat menemui bapa kandung untuk menjadi wali pernikahan selepas usahanya menjejaki lelaki itu tidak berjaya sebelum ini.

Noor Syafiqa Kamas, 29, dari Durian Tunggal, Melaka, berkata, sebelum ini dia ada berjumpa dengan bapanya, Kamas Samah, 64, ketika bapanya itu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dua tahun lalu selepas berbelas tahun terpisah, namun selepas itu dia tidak pernah bertemu lagi dengan bapanya.

"Bapa saya sudah berkahwin lain dengan wanita warga Indonesia sejak lebih 20 tahun lalu, malah dia langsung tidak pernah pulang ke Melaka sejak itu.

"Apa yang kami tahu, dia pernah menetap di Subang, Selangor," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Noor Syafiqa berkata, dia pernah berusaha mencari bapa kandungnya itu, namun tidak berjaya.

"Saya harap dapat mencarinya untuk menjadi wali pernikahan saya yang dijadualkan berlangsung pada 3 November nanti," katanya.

Orang ramai yang mengenali Kamas boleh menghubungi Noor Syafiqa di talian 017-6350150.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 11:26 AM