Kanak-kanak penghuni Rumah Ilham menerima kasut sempena Aidilfitri dari Bata.
Kanak-kanak penghuni Rumah Ilham menerima kasut sempena Aidilfitri dari Bata.
HM Digital

Kuala Lumpur: Seramai 41 penghuni Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail) menerima sepasang kasut tajaan Bata sempena Aildifitri ini.

Kanak-kanak dan remaja lelaki berusia antara sembilan dan 17 tahun itu dibawa ke premis utama Bata di Jalan Tuanku Abdul Rahman malah masing- masing bebas memilih kasut idaman mereka sebagai persediaan menyambut perayaan.

Pengurus pemasaran Bata Malaysia Diana Wong berkata, program berkenaan satu daripada program tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan khusus bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Kami menghubungi wakil Rumah Ilham yang kemudian memaklumkan anak kecil ini memerlukan kasut baru.

“Kami gembira kerana dapat menunaikan impian mereka supaya semuanya dapat menyambut Aidilfitri dengan meriah,” katanya.

Hadir sama, Ketua Sumber Manusia Bata Malaysia, Wilsen Isuwaran yang turut membantu penghuni terbabit memilih kasut bersesuaian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 7:10 AM