Oleh Raja Noraina Raja Rahim


FESTIVAL GegaRia 2018 #KitaOK kembali lagi hari ini di lokasi keenam, Dataran Centrio Seremban dengan menyajikan pelbagai kegiatan menarik buat pengunjung.

Membuka tirainya dengan persembahan senaman zumba yang disertai 800 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, senaman selama sejam bermula 8.30 pagi tadi diketuai oleh jurulatih kecergasan Izzat Zin.

Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu boleh dikongsi melalui hashtag #gogegaria #gegariafest #festivalgegaria.

FESTIVAL GegaRia 2018 membuka tirainya dengan senaman zumba yang disertai pelbagai lapisan masyarakat. FOTO Iqmal Haqim Rosman
FESTIVAL GegaRia 2018 membuka tirainya dengan senaman zumba yang disertai pelbagai lapisan masyarakat. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Seperti edisi sebelum ini, festival ini turut dibahagikan kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Sepanjang sehari penganjurannya, festival kali ini menampilkan beberapa artis terkenal seperti Elfira Loy, Wani Kayrie, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izzue Islam, Waris, Kugiran Masdo, Bunkface, Aiman Tino dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018 @ 9:56 AM