MUHAMMAD Readha Adenan, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu dengan melulu, cuai dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian empat sekeluarga di Kilometer 31.3 Jalan Kuala Kangsar- Gerik pada 10 Disember tahun 2017. FOTO Muhaizan Yahya
MUHAMMAD Readha Adenan, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu dengan melulu, cuai dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian empat sekeluarga di Kilometer 31.3 Jalan Kuala Kangsar- Gerik pada 10 Disember tahun 2017. FOTO Muhaizan Yahya
Mohd Hafizee Mohd Arop


PEMANDU lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik hari ini atas pertuduhan memandu dengan melulu, cuai dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian empat sekeluarga di Kilometer 31.3, Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini, 10 Disember lalu.

Tertuduh Muhammad Readha Adenan, 25, membuat pengakuan itu dan meminta dirinya dibicarakan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Muhammad Readha didakwa sebagai pemandu lori yang menggunakan kenderaan terbabit di atas jalan raya melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan kematian Nur Ain Hafizah Ismail, 22; Nur Ain Hanifah, 8, Muhammad Hanif, 8, dan Ismail Yaacob, 53 di kilometer itu pada kira-kira 11 pagi hari berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimun dua tahun atau maksimun 10 tahun dan denda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000.

Raja shahril Anuar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung sebelum menetapkan sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Lenggong pada 4 Mei ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

NSTP sebelum ini melaporkan tiga beradik termasuk pasangan kembar berlainan jantina maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu manakala bapa mereka yang parah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping.

Kemalangan itu turut mengakibatkan ibu mereka, Zarina Yong, 44, parah.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lori membawa muatan sisa ikan itu merempuh empat kenderaan iaitu Honda HRV dinaiki mangsa, Nissan Grand Livina, Toyota Hilux dan Nissan Sentra.

Berita berkaitan

Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

[UPDATE] Pasangan kembar antara yang maut

Nampak treler seret Nissan Sentra [UPDATE]

Kembar, kakak, macam anak sendiri [UPDATE]

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/292890/saya-lihat-bayangan-anak-anak-melambai-pergi

Ayah pula 'pergi'

'Aboh baik orangnya'

Pertemuan terakhir dengan suami

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 3:41 PM