SEBAHAGIAN tertuduh hadir di Mahkamah Majistret Seremban kerana didakwa bertaruh judi Holo di sebuah kedai kopi di Pekan Mantin, semalam. FOTO ihsan polis.
SEBAHAGIAN tertuduh hadir di Mahkamah Majistret Seremban kerana didakwa bertaruh judi Holo di sebuah kedai kopi di Pekan Mantin, semalam. FOTO ihsan polis.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


DUA puluh empat lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 69 tahun ditahan polis kerana bertaruh judi Holo di sebuah kedai kopi di Pekan Mantin, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya yang menerima maklumat awam menjalankan Op Dadu 5.30 petang dan mendapati semua suspek sedang leka bertaruh.

Katanya, semua kaki judi terbabit dicekup dan dibawa ke Balai Polis Mantin, di sini untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan dijalankan, polis merampas wang tunai berjumlah RM540.

"Kami turut merampas peralatan judi digunakan antaranya dadu, sekeping kertas pertaruhan tertera gambar binatang, kerusi serta meja," katanya dalam kenyataan, petang ini.

Zaldino berkata, 20 daripada suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini dan dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, semua tertuduh terbabit mengaku bersalah dan didenda RM2,000 seorang dan semuanya membayar denda berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 7:25 PM