CHUAH (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Thaiveegen (kanan) sambil disaksikan Rahim. FOTO Ramdzan Masiam
CHUAH (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Thaiveegen (kanan) sambil disaksikan Rahim. FOTO Ramdzan Masiam
Zuhainy Zulkiffli


TIMBALAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial , Datuk A Thaiveegan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baru, berkuatkuasa hari ini.

Thaiveegan menggantikan Datuk Wira Chuah Ghee Lye yang bersara wajib selepas hampir setahun memegang jawatan berkenaan.

Jawatan semasa Thaiveegan akan diisi Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Ketulenan (Jips) (integriti) Datuk Abd Rahim Jaafar.

Thaiveegan menerima tugas terbabit pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang dan persaraan Chuah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang, disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pemantuhan Standard, Datuk Seri Rahim Hanafi.

Terdahulu, Thaiveegan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang pada 2013 hingga 2016, sebelum dipindahkan ke Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 3:41 PM