MOHAMAD Fariz (kiri) menunjukkan kertas program sempena Pemukiman Menteri Besar di Daerah Manjung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
MOHAMAD Fariz (kiri) menunjukkan kertas program sempena Pemukiman Menteri Besar di Daerah Manjung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


MANJUNG menjadi lokasi ke-11 program Pemukiman Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di daerah-daerah di negeri ini yang akan bermula esok hingga 28 Oktober ini.

Pegawai Daerah Manjung Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, 167 program akan diadakan di daerah ini yang merangkumi sebahagian kawasan dari Parlimen Lumut dan Parlimen Beruas.

Menurutnya, program berkenaan akan membabitkan penyertaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ahli Exco kerajaan negeri selain pembabitan bersama ketua jabatan.

"Setiap program terdahulu, kepimpinan tertinggi negeri termasuklah penglibatan semua pihak akan bersama dengan rakyat melaksanakan pelbagai aktiviti dan program sekali gus bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang ada di kawasan ini.

"Justeru itu, diharapkan masyarakat dapat bersama-sama menyertai setiap program yang dijalankan dan ini juga peluang untuk mereka bertemu secara dekat dengan kerajaan dan barisan pemimpin.

"Rebut peluang yang ada ini sepanjang lima hari program berlangsung di harap dapat membantu menyelesaikan masalah yang ada" katanya pada sidang media sempena program Pemukiman Menteri Besar di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fariz juga merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) turut menguar-uarkan tawaran pakej pelekat tempat letak kereta kepada penduduk daerah ini yang dapat memberi manfaat dengan penjimatan yang ditawarkan.

"Pakej yang ditawarkan sangat berbaloi dengan hanya RM60 untuk enam bulan dan RM100 untuk tempoh setahun berbanding harga biasa RM210 untuk enam bulan manakala RM420 bagi setahun.

"Tempoh tawaran pakej pelekat ini dibuka sehingga 3 April 2018 dan tempoh sah laku berdasarkan tarikh pembelian. Bagi yang berminat mereka boleh terus ke Jabatan Penguatkuasaan, Aras 1, Bangunan Blok B, MPM atau menghubungi 05-6898864 untuk maklumat lanjut," katanya.

#kw pemukiman menteri besar perak, majlis perbandaran manjung, Mohamad Fariz

#loc 4.4022490999999997, 100.7097867

keterangan gambar:

pix1: MANJUNG 23 OKTOBER 2017. Pegawai Daerah Manjung Mohamad Fariz Mohamad Hanip (kiri) menunjukkan kertas program yang sudah disusun sempena Pemukiman Menteri Besar di Daerah Manjung di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Seri Manjung. STR/NOOR HIDAYAH TANZIZI. Gambar Noor Hidayah Tanzizi

Tamat//

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 3:56 PM