LOKASI kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai. FOTO Danial Saad
LOKASI kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai. FOTO Danial Saad
Zuhainy Zulkiffli


KERAJAAN Negeri Pulau Pinang mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis terhadap kemungkinan berlakunya kecuaian profesional dalam kemalangan tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown akibat kerja di cerun bukit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, tujuan laporan polis itu bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan mengenai kemalangan berkenaan serta mendakwa mana-mana pihak yang didapati cuai dalam melaksanakan kewajipan sehingga berlakunya kemalangan.

"Ia sejajar dengan Seksyen 304 (B) & 304 (A) Kanun Keseksaan supaya pihak yang didapati melanggarinya akan memikul tanggungjawab di bawah undang-undang.

"Kerajaan negeri akan mengarahkan MBPP dan semua agensi kerajaan negeri bagi memberi kerjasama dalam siasatan pihak polis supaya ia dapat diselesaikan segera," katanya.

Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri mengakui projek pembinaan itu tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Chow berkata, projek berkenaan diteruskan selepas mengambil kira pandangan dan persetujuan 20 agensi ketika permohonan kebenaran merancang dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 18 Februari 2015.

Katanya, antara agensi memberi persetujuan ialah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), namun dalam surat JAS kepada perunding, JAS memang tidak menyokong projek berkenaan.

"Tapak ini terletak di kawasan dizonkan sebagai Perumahan Am di dalam Pelan Dasar dan Perancangan Pemajuan MPPP (kini MBPP) 1976.

"Ia dikategorikan sebagai Kategori II dengan cerun purata di bawah 20 darjah malah tapak ini terletak di atas tanah dengan kontur 18 hingga 40 meter dengan ketinggian kurang 76 meter (250 kaki)," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

JAS dalam kenyataanya semalam memaklumkan, pihaknya menolak permohonan kelulusan projek berkenaan pada 23 Januari lalu berikutan lokasi pembangunan yang terletak kurang 500 meter dari tapak kuari.

Dalam tragedi runtuhan tanah di Lengkok Lembah Permai Sabtu lalu, 11 pekerja binaan disahkan maut, termasuk seorang mangsa rakyat tempatan.

Berita berkaitan

Ops SAR tamat

Semua mayat dah dikeluarkan

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Suruhanjaya siasat tragedi

[UPDATE] Mayat mangsa ke-11 dibawa keluar

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Semua 11 mangsa tertimbus dah ditemui

Mangsa ke-9 warga Bangladesh

Mangsa ke-9 bawah bongkah batu

Jumpa mayat ke-8

Padah guna dron di lokasi tanah runtuh

Tiga jam bawa keluar mayat ketujuh

'Mamang amat rindu anak'

Mayat tersepit antara konkrit, besi cerucuk

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 3:03 PM