Mangsa Mohamad Izzudin
Mangsa Mohamad Izzudin
Farah Suhaidah Othman


Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Menglembu Impiana Adril 2, Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh malam tadi.

Dalam kemalangan jam 10.10 malam itu, Mohamad Izzudin Mohd Khairudin yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta jenis Nissan Livina tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Menglembu Impiana Adril 16.

Katanya, sebaik keluar dari simpang jalan berkenaan, motosikal mangsa tidak berhenti dan keluar secara mengejut.

“€œSebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dirempuh dari arah kanan oleh kereta berkenaan yang berada di laluan utama Jalan Impiana Adril 2,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 12:51 PM