GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rosliza Mohamed


TIGA lelaki ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Raja, Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, 11 malam, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, semua suspek ditahan semalam dan pagi tadi di rumah masing-masing.

Menurutnya, semua suspek berusia 20-an ditahan antara 1 hingga 2 pagi.

"Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati kes berpunca daripada dendam lama," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku 11 malam Jumaat lalu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung berkenaan.

Katanya, usaha mengesan lima lagi suspek sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 12:26 PM