Recqueal Raimi


EMPAT sekeluarga di Kampung Tinuhan, Tenghilan, Tuaran, dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengenai bahagian dinding rumah mereka, pada 9.40 pagi hari ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku berikutan hujan lebat namun tidak membabitkan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tuaran Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan 12.44 tengah hari, lima anggota APMke lokasi runtuhan.

"Sebaik tiba, anggota APM mendapati dinding di bahagian tepi rumah pengadu mengenai runtuhan tanah dipercayai dari bukit yang terletak bersebelahan rumah mereka.

"Anggota APM memeriksa keadaan rumah dan mendapati tiada kerosakan sebelum memaklumkan penghuni supaya segera mengosongkan rumah sekiranya berlaku susulan tanah runtuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 8:32 PM