Sebuah daripada kereta yang rosak ditimpa bumbung. FOTO ihsan bomba
Sebuah daripada kereta yang rosak ditimpa bumbung. FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


LIMA kereta dan dua motosikal rosak ditimpa bumbung apartment di apartment Villa, Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kira-kira 10 malam semalam.

Jurucakap bomba berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.04 malam.

“€œBumbung itu jatuh di tempat meletak kenderaan di apartment berkenaan. Lima kereta dan dua motosikal rosak akibat ditimpa bumbung itu.

“€œAnggota bomba bersama anggota polis memastikan kawasan berkenaan selamat sebelum mengalihkan bumbung dan kenderaan yang rosak itu. Dua kereta dikeluarkan oleh pemiliknya sebelum bomba tiba,”€ katanya.

Menurutnya tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 1:45 AM