Mohammad Sabtu (tengah) menyaksikan Zahari (kanan)  menyerahkan tongkat kuasa kepada Mohd Shahar pada majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Utara PGA di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh. FOTO Abdullah Yusof

Farah Suhaidah Othman

PENOLONG Pengarah Tadbir Urus dan Kepolisan Am, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim dilantik menjadi Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) berkuat kuasa esok.

Mohd Shahar dinaikkan pangkat dengan memangku jawatan Senior Asisten Komisioner menggantikan Senior Asisten Komisioner Zahari Ahmad, 60 yang bersara wajib esok.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman di Mes Pegawai Kanan, Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta di Ipoh, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Utara antara Norsidah Abd Rahman dan Hasna Alibin sambil disaksikan isteri Muhammad Sabtu, Datin Seri Wan Safiah Wan Salim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 12:22 PM