FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

my

PEKARANGAN Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, sesak dengan kehadiran peminat bagi perlawanan separuh akhir kedua antara Negeri Sembilan menentang Pahang, malam ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati peminat kedua-dua pasukan membanjiri perkarangan stadium seawal jam 4 petang.

Peminat skuad Hoben Jang Hoben, Nor Alesa Roslan, 26, berkata, dia hadir jam 4 petang berikutan terlalu bersemangat menyaksikan kemenangan pasukannegeri.

"Saya datang enam orang dari Port Dickson ditemani suami, anak dan adik.

"Biarpun pada perlawanan pertama kami tewas 1-0, saya percaya Negeri Sembilan akan menumbangkan Tok Gajah 4-0 malam ini," katanya.

Nor Alesa yang juga sepupu kepada pemain Negeri Sembilan, Faizal Abu Bakar berkata, tujuh tahun dirinya menanti pasukannya kembali ke pentas final piala FA.

"Saya mengharapkan kemenangan agregat malam ini untuk sekali lagi skuad ke pentas akhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 6:36 PM