MIDOL Masir menunjukkan geran tanah selepas Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu.
MIDOL Masir menunjukkan geran tanah selepas Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu.

Lundu: Kerajaan negeri menyampaikan surat hak milik tanah Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada penduduk di lima kampung sekitar Lundu dalam kawasan Tanjong Datu membabitkan kawasan seluas 985.3 hektar, kelmarin.

Surat hak milik tanah itu diserahkan kepada penduduk Kampung Gerunggang membabitkan tanah seluas 361.5 hektar, Kampung Klaoh (48.9 hektar), Kampung Pasir Hilir Melayu (259 hektar), Kampung Temelan Dayak (239.3 hektar) dan Kampung Stunggang Ulu (76.6 hektar).

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pemberian surat hak milik tanah itu menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat di negeri ini berhubung apa juga isu berkaitan hak milik tanah.

Beliau berkata, kerajaan negeri selama ini juga tidak pernah mengabaikan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), malah ketika ini pihaknya sudah memproses pengukuran lebih satu juta hektar tanah NCR di seluruh Sarawak.

“Sebanyak 476 kawasan seluas 763,629 hektar atau 1.8 juta ekar sudah siap diukur di seluruh negeri ini.

“Ia membabitkan 610 kawasan daripada keseluruhan 692 permohonan kawasan yang diluluskan untuk pengukuran di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baru setakat 31 Januari tahun ini,” katanya ketika majlis penyerahan surat hak milik tanah itu, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 2:58 AM