KEADAAN lokasi kejadian mangsa maut rempuh lori.
KEADAAN lokasi kejadian mangsa maut rempuh lori.
Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Seorang guru sementara yang menunggang motosikal maut sejurus merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Connaught, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Haziq Hakimi Rabidi, 18, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori yang menukar laluan secara mengejut mengakibatkan mangsa gagal mengelak.

“Lori berkenaan dipercayai berada di lorong ketiga dan menukar ke lorong kedua laluan berkenaan.

“Mangsa dipercayai tidak sempat mengelak dan terus merempuh bahagian sisi kanan belakang lori,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 9:55 AM