MOHD Johari (dua kiri) melihat keadaan  Wan Nur Hunina yang menghidap  penyakit kanser otak.
MOHD Johari (dua kiri) melihat keadaan Wan Nur Hunina yang menghidap penyakit kanser otak.
Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Nerus: Tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang menghidap barah otak, seorang bapa akhirnya membuat keputusan membenarkan anak perempuannya menjalani pembedahan.

Wan Mohd Azry Wan Ahmad, 38, berkata, dia pada mulanya tidak bersedia anaknya, Wan Nur Hunina Afifah, 8, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya, sebaliknya hanya berusaha dengan perubatan tradisional.

Menurutnya, pada peringkat awal, anaknya mengadu tangan kanannya sakit dan tidak boleh bergerak seperti biasa hinggakan terpaksa makan dan menulis menggunakan tangan kiri.

“Dua bulan selepas itu, keadaan anak semakin teruk apabila kaki kanannya pula mengalami masalah sama kerana lemah dan hasil pemeriksaan X-ray di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati keadaan itu normal.

“Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya menghidap barah otak melalui Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalankan pada 2 Jun lalu dan memerlukan pembedahan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Enam di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 9:18 AM