Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur : Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) diminta lebih cekap dalam menangani permasalahan yang dihadapi penduduk berkaitan pengurusan bangunan dan komuniti strata di ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak berkenaan juga perlu lebih proaktif dan komited bagi mewujudkan persekitaran komuniti strata yang ceria dan harmoni.

Beliau berkata, ini kerana kehidupan di bangunan berstrata itu membabitkan perkongsian ramai penghuni dalam jumlah besar serta profil penghuni yang berbeza dari segi agama, budaya dan pekerjaan.

“Sebagai perantara antara pihak kerajaan dengan komuniti strata, pihak JMB dan MC seharusnya bersiap siaga pada setiap masa dengan kemahiran dan pengetahuan yang sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan kehidupan komuniti berstrata ini mencapai tahap kesejahteraan tinggi selaras dengan tema Wilayah Persekutuan Ku Ceria.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 9:13 AM