SYAFINAR menunjukkan lokasi  pergaduhan yang menyebabkan abangnya maut di Kampung Bukit Lada, Bukit Payung.
SYAFINAR menunjukkan lokasi pergaduhan yang menyebabkan abangnya maut di Kampung Bukit Lada, Bukit Payung.
Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Akibat perselisihan faham, seorang abang menemui ajal akibat mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai dilempar dengan objek yang belum dikenal pasti oleh adiknya sendiri dalam kejadian di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa Mohd Yusoff Gozali, 35, anak sulung daripada 13 beradik itu meninggal dunia kira-kira sejam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat pendarahan teruk berikutan kecederaan di kepala dan hidung.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu yang membantu bapa mereka menjual ubat akar kayu dikatakan bertengkar sebelum suspek dipercayai naik angin lalu membaling satu objek hingga terkena kepala mangsa.

Adik mangsa Syafinar, 27, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kampung Rambai, Tokai, Pendang sebelum segera pulang ke rumah keluarganya di Kampung Bukit Lada selepas dihubungi ibunya.

“Sebaik tiba di depan rumah, saya lihat ada kesan darah, namun adik (suspek) bersama abang kedua Mohd Faizal, 34, sudah membawa abang Yusoff ke hospital berikutan kecederaan dialaminya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:24 AM