ANTARA hasil seni Azizul (tengah) yang mendapat perhatian ramai.
ANTARA hasil seni Azizul (tengah) yang mendapat perhatian ramai.
 AZIZUL  melukis di bahagian komponen kenderaan.
AZIZUL melukis di bahagian komponen kenderaan.
AZIZUL melakar corak secara spontan di kereta pelanggan dengan pen ‘marker’.
AZIZUL melakar corak secara spontan di kereta pelanggan dengan pen ‘marker’.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Lenggok seni lukisan tangan kidal lelaki dari Gunung Semanggol, dekat sini, Mohamad Azizul Ismail, 27, pasti membuat sesiapa saja terpegun dengan kerja seni yang dihasilkannya.

Lebih membanggakan, Mohamad Azizul atau lebih mesra disapa Azizul, mampu melukis dengan mengguna kan pen ‘marker’ di mana saja termasuk dinding, komponen motosikal dan kereta.

Penuntut Diploma Seni Kraf Batik dari Institut Kraf Negara ini mencipta kelainan tersendiri dari apa yang dipelajari apabila berani tampil melukis bukan saja corak batik, malah pelbagai ukiran diatas komponen motosikal.

Menurutnya, pembaharuan itu satu cara menarik minat anak muda menggemari corak batik sekali gus mengabadikan lukisan itu pada motosikal yang diubahsuai mereka.

“Sejurus tamat pembelajaran di institusi terbabit pada 2010 dan dalam tempoh dua tahun saya bekerja di dua premis mencanting batik di Kuala Kangsar, Perak dan Pulau Pinang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 8:09 AM