TOSLIMA (tiga dari kanan) mengikuti pembelajaran yang dibimbing gurunya, Noor Azuawati Ahmad di REC.
TOSLIMA (tiga dari kanan) mengikuti pembelajaran yang dibimbing gurunya, Noor Azuawati Ahmad di REC.
Oleh Shamsul Munir Safini dan Syamimi Jamil

Seberang Jaya: Kerana rindu, seorang kanak-kanak perempuan pelarian etnik Rohingya sanggup menempuh pelayaran tanpa makanan selama 11 hari dari Myanmar ke Thailand untuk bertemu ibu dan bapanya yang tinggal di Malaysia.

Kanak-kanak itu, Toslima Zurahman, 13, berkata, dalam tempoh itu, dia hanya minum air hujan dan makan buah-buahan bagi menambah tenaga.

Namun, katanya, hasrat itu bagaimanapun terbantut selepas dicekup pihak berkuasa di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, dua tahun lalu.

Selepas ditahan, Toslima meringkuk di depoh tahanan pelarian di Pekan Nanas, Johor dua bulan sebelum dijemput bapanya yang datang membebaskannya dengan membawa kad pelarian sebelum mereka kini tinggal di Pulau Pinang.

Menceritakan pengalamannya dengan dibantu gurunya di Pusat Pendidikan Rohingya (REC) Pulau Pinang di sini, Toslima berkata, dia nekad meninggalkan negaranya untuk datang ke Malaysia mencari kedua-dua orang tuanya yang terlebih dulu memasuki negara ini beberapa tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 10:23 AM