JENAIN hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes saman keluarga remaja.
JENAIN hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes saman keluarga remaja.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam diberitahu tiada seorang pun ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, mengetahui remaja itu keluar menggunakan kereta milik kakaknya.

Perkara itu dinyatakan kakaknya, Tuty Shaninza Anom Amzah, 41, yang memaklumkan kereta Proton Iswara digunakan dalam kejadian menyebabkan kematian arwah adiknya pada 26 April 2010 itu adalah miliknya.

Katanya, dia hanya mengetahui kereta miliknya digunakan arwah adiknya sebaik menerima panggilan daripada bekas suaminya yang memaklumkan polis datang ke rumah mentuanya di Klang bagi mencari pemilik kereta berkenaan.

“Saya memang tidak tahu kereta saya digunakan arwah sehingga saya menerima panggilan telefon daripada bekas suami pada hari kejadian. Selepas itu saya lihat kereta saya sudah tiada di garaj.

“Saya kemudian ke bilik Aminulrasyid dan dapati dia tiada. Saya dan emak (Norsiah Mohamad) hubungi telefon bimbit arwah tetapi tidak dijawab,” katanya ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman sivil menuntut ganti rugi yang dikemukakan keluarga Aminulrasyid, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 8:08 AM