DARI kiri, Ghazali Din, Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said, Wartawan Khas Pendidikan NST, Zulita Mustafa, Ruhaiza dan Editor Berita Pendidikan, Ridzuan Yop pada  majlis Anugerah Media UPSI, semalam.
DARI kiri, Ghazali Din, Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said, Wartawan Khas Pendidikan NST, Zulita Mustafa, Ruhaiza dan Editor Berita Pendidikan, Ridzuan Yop pada majlis Anugerah Media UPSI, semalam.

Tanjung Malim: Wartawan Kumpulan Media Prima Berhad mengungguli Anugerah Media Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2013, di sini, semalam.

Wartawan Unit Rencana Harian Metro, Ruhaiza Rusmin menerima Anugerah Rencana Terbaik manakala wartawan sambilan BH, Ghazali Din untuk Berita Terbaik dan Penghargaan UPSI kepada Individu.

New Straits Times (NST) mengungguli Anugerah Liputan Berita Tertinggi Bahasa Inggeris dan Penghargaan Khas UPSI Institusi Media Cetak sementara Anugerah Liputan Berita Tertinggi Bahasa Melayu diraih Berita Harian.

Pemenang setiap kategori menerima wang tunai RM500, sijil dan plak.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Rencana Kakitangan Terbaik dan Penghargaan Khas UPSI kepada Institusi Media Elektronik.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, majlis itu bagi menghargai sokongan media menaikkan nama institusi pendidikan berkenaan ke pengetahuan masyarakat.

Beliau berkata, tanpa sokongan media, usaha UPSI untuk melonjakkan lagi peranan institusi perguruan tertua negara sukar dilakukan.

“Peranan media penting dalam membawa UPSI merentas pengetahuan kepada masyarakat.

“Ia membantu universiti ini melonjakkan dan memperkasakan lagi pencapaiaannya dalam usaha melahirkan graduan cemerlang dan berkualiti pada masa depan

“Anugerah ini juga penghargaan kepada media yang selama ini tidak jemu memberi sokongan kepada UPSI dalam memacu visi dan misinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 9:19 AM