Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Platform media sosial terbesar yang dimiliki oleh Meta iaitu Facebook (FB) dan Instagram menghadapi gangguan.

  Berdasarkan beberapa laporan pengguna menyatakan mereka mempunya masalah untuk membuka aplikasi, ada pengguna yang terpaksa log masuk beberapa kali tetapi gagal.

  Masalah lain yang turut dilaporkan adalah 'feed' FB mereka tidak menunjukkan kandungan bersifat semasa.

  Berdasarkan laman web pengesan pelayan melaporkan FB dan Instagram menghadapi masalah kritikal pada pelayan utama mereka.

  Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Meta iaitu pemilik dua laman sosial itu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2024 @ 12:14 AM