FORZA Horizon 5 menawarkan mutu permainan mengagumkan.
FORZA Horizon 5 menawarkan mutu permainan mengagumkan.
Muhammad Saufi Hassan


PEMINAT permainan kini ditawarkan dengan beberapa jenis perkhidmatan antaranya adalah XBOX Game Pass yang menawarkan ratusan judul serta genre permainan.

Ia menggunakan kaedah pembayaran bulanan kepada pengguna dengan kadar mampu milik dan pengguna diberikan akses menyeluruh untuk memuat turun mana-mana permainan dalam senarai 'game pass' berkenaan.

Terdapat beberapa platform permainan di negara ini yang paling popular antaranya adalah desktop, konsol Sony PlayStation 4 (PS4) dan Microsoft XBOX (XBOX).

Untuk platform lain pula, terdapat Steam yang kini menawarkan pengurangan harga sempena 'Summer Sale'

Antara ketiga-tiga platform berkenaan, konsol PS4 boleh dikatakan paling popular memandangkan ia mudah untuk diuruskan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal seperti desktop dan ia menjadi pilihan utama kebanyakan komuniti pada waktu ini.

Untuk itu, ini antara judul permainan paling popular serta berbaloi untuk dibeli ketika ini khusus ketika penjualan musim panas.

Forza Horizon 5

Siapa yang tidak tahu tentang judul permainan genre perlumbaan ini yang sarat dengan pelbagai jenis model kereta termasuk penawaran grafik terbaik.

Pengguna boleh menikmati kesan grafik yang maksimum dan Forza Horizon 5 ini bukanlah satu genre permainan perlumbaan yang selalu dimain seperti genre lain.

Pengubahsuaian kenderaan dalam judul ini juga sangat mengagumkan selain daripada kepelbagaian jenis kenderaan

PENGGUNA boleh mendapatkan pass permainan XBOX serta menikmati lebih ratusan judul dengan pembayaran secara bulanan.
PENGGUNA boleh mendapatkan pass permainan XBOX serta menikmati lebih ratusan judul dengan pembayaran secara bulanan.

Monster Hunter World

Permainan ini menampilkan konsep pengembaraan. Ia menduduki carta muat turun paling tinggi memandangkan PS4 menawarkan judul berkenaan secara percuma kepada pemilik akses PSPlus bulan lalu.

Permainan berkenaan menampilkan konsep RPG atau Role Playing Games dengan pemandangan pemain perspektif ketiga dan ia adalah sebuah judul pengembaraan.

Sesuai dengan judul permainan, pemain akan memburu raksasa berlainan kelas serta keupayaan dan penulis merasakan ia satu judul permainan yang sangat menyeronokkan.

Bagaimanapun, pemain perlu meluangkan masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menewaskan raksasa berdasarkan kepada keupayaan senjata yang dipakai oleh karakter pemain.

Red Dead Redemption 2

Judul ini tidak lagi perlu diperkenalkan kerana ia sangat sinonim dengan konsol PS4 yang menampilkan konsep permainan 'Wild West' atau era 'koboi' di mana karektor pemain menjadi salah seorang anggota sebuah geng 'Outlaw'.

Keunikan permainan ini adalah konsep dunia terbuka dan pemain boleh melakukan pengubahsuaian kosmetik kepada karektor dan persenjataan sesuai dengan tema klasik Wild West. Sudah pasti memiliki pistol jenis revolver atau raifal mekanisma 'bolt' sangat popular di era ini.

Siri permainan ini juga dilengkapi misi tertentu dan pemain boleh menaiki kuda, menggunakan pistol koboi, senapang patah dan pertempuran dengan geng lain.

Secara keseluruhannya, judul RDR2 memerlukan keupayaan grafik yang tinggi dan jika pemain mahu merasai kesan grafik yang baik, perlu memastikan resolusi skrin paparan mampu menyokong sekurang-kurangnya 2K atau paparan 4K untuk pengalaman sebenar.

Kesan grafik yang ditampilkan dalam judul ini begitu baik dan terperinci termasuk perubahan cuaca membuatkan ia satu judul yang dianggap paling berjaya.

PLATFORM Steam melancarkan penjualan musim panas sehingga 9 Julai ini untuk hampir semua judul permainan.
PLATFORM Steam melancarkan penjualan musim panas sehingga 9 Julai ini untuk hampir semua judul permainan.

Call of Duty: Modern Warfare (2019)

Call of Duty: Modern Warfare 2019 khusus untuk mod Warzone. Mod berkenaan adalah genre permainan Battle Royale dan pemain boleh bermain secara sendirian atau bersama pasukan.

Mod permainan Warzone berkenaan baru dilancarkan pertengahan Mac lalu dan ia mendapat perhatian ramai memandangkan konsep permainan kesukaan ramai iai

tu Battle Royale.

Konsep Battle Royale yang diperkenalkan sangat unik dan berbeza dengan judul lain seperti PUBG yang menjadi pelopor utama mod permainan berkenaan.

Ia menjadi kegilaan pemain yang lebih gemar kepada jenis persenjataan sebenar di alam nyata malah boleh melakukan ubah suai seperti skop dan sebagainya mengikut kesesuaian pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 6:30 AM