MAHDZIR (dua dari kanan) merasmikan pek JASA.
MAHDZIR (dua dari kanan) merasmikan pek JASA.
Afiq Hanif

Hampir setengah juta pendidik di sekolah seluruh mampu senyum lebar apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Pendidikan bekerjasama menawarkan pelan komunikasi mudah alih khas untuk mereka.

Kerjasama terbabit membolehkan TM menawarkan pelan Unifi Mobile dipanggil Pek JASA kepada pendidik yang hanya perlu membayar RM59 sebulan untuk data, SMS dan panggilan tanpa had.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia usaha jangka panjang dalam mening­katkan transformasi digital menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi serta pengajaran dan pembelajaran canggih.

“Transformasi ini juga ke arah mendigitalkan sistem kehadiran pelajar yang boleh dipantau mengikut masa sebenar,” katanya.

Guru yang berminat boleh mendapatkan surat pengesahan rasmi daripada guru besar atau Jabatan Pendidikan Negeri sebelum dibawa ke TM Point terdekat untuk mendaftar.

Unifi Mobile ditawarkan pada harga RM79 untuk 10GB data mula diperkenalkan awal bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 11:36 AM