Sony menambah barisan kamera Mirrorless Interchangeable Lens Camera (MILC) menerusi DSLR kelas profesional, Sony A9.

Ia adalah kamera pertama di dunia yang menggunakan sensor penuh stacked CMOS dengan resolusi 24.2MP.

Menariknya, kamera ini direka untuk menghasilkan bunyi pengatup pada kadar minimum selain bebas getaran pada kelajuan sehingga 1/32000 sesaat.

Kamera berinovasi ini juga hadir dengan ciri terbaru bateri Sony yang berkapasiti 2.2 lebih hebat berbanding model lama untuk memberikan pengalaman rakaman lebih lama.

SPESIFIKASI:

SONY A9

Harga: RM21,799

Sensor: 24MP

Slot memori: Dua (SD/SDHC/ SDXC)

Bateri: 2,280mAh

Slot kad memori: 2x

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 5:12 AM