KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.
KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.
KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.
KOLEKSI haji dan umrah yang menarik.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
MUDAH dipakai dan tidak mudah berkedut.
Siti Nadirah Hafidzin


Tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk mendapatkan setiap keperluan dan kelengkapan mengerjakan ibadat umrah dan haji kerana segalanya tersedia di bawah satu bumbung.

Bermula daripada jubah lelaki dan wanita, kain ihram, telekung dan pelbagai lagi keperluan lain, semuanya lengkap tersedia di Dsarahman Boutique & Tailoring yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut pemiliknya Siti Sarah Zainol, butiknya menyediakan semua kelengkapan diperlukan untuk ibadat umrah dan haji seperti jubah wanita dan lelaki, jubah kanak-kanak, kurta, telekung, kain ihram, kopiah, kain pelikat, stoking, sarung tangan, tudung labuh, serban dan tali pinggang.

“Semua koleksi kami berkualiti tinggi dan sesuai dengan iklim panas di Makkah dan Madinah. Selain itu, busana kami tidak mudah berkedut , tidak panas, mudah digosok dan tahan lasak.

“Kami juga menawarkan harga berpatutan iaitu RM159 untuk jubah yang didatangkan dalam pilihan saiz bermula S hingga 3XL,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan koleksi ini mempunyai pilihan warna antara hitam dan putih juga sesuai untuk pelajar tahfiz.

“Semuanya dijual dengan harga berpatutan kerana kami tidak hanya mementingkan aspek keuntungan, apa yang penting adalah keselesaan pelanggan yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat.

“Bukan saja koleksi umrah dan haji, kami juga mempunyai pelbagai pilihan busana lelaki, wanita dan kanak-kanak selain menawarkan khidmat tempahan untuk pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, diharap dengan adanya semua kelengkapan untuk mengerjakan umrah dan haji itu dapat membantu serta memudahkan lebih ramai individu yang tercari-cari sebuah butik yang menyediakan segalanya di bawah satu bumbung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2017 @ 12:01 AM