KEADAAN muka lelaki itu selepas mendapat alahan berkenaan. FOTO TikTok
KEADAAN muka lelaki itu selepas mendapat alahan berkenaan. FOTO TikTok
Agensi

London: Padah terus mewarnakan rambut tanpa melakukan ujian alahan, seorang lelaki mengalami alahan teruk sehingga matanya bengkak.

Lelaki itu berkongsi pengalaman ngerinya di TikTok menggunakan akaun @haydenphobia, 28 April lalu.

Pada mulanya dia menunjukkan wajah asalnya sebelum kesan dialami selepas penggunaan satu produk pewarna rambut.

Wajahnya berwarna kemerahan dan bengkak hingga matanya sukar dibuka.

"Saya warnakan rambut tanpa membuat ujian alahan terlebih dulu," katanya dalam portal Daily Star.

Perkongsian lelaki itu ditonton lebih 300,000 kali dan ramai pengguna maya turut meninggalkan pandangan di ruangan komen.

WAJAH sebenar lelaki itu. FOTO TikTok
WAJAH sebenar lelaki itu. FOTO TikTok

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mempunyai panduan tentang cara melakukan ujian alahan sebelum menggunakan pewarna rambut.

Selain itu, ia menasihati keperluan melakukan ujian sama setiap kali mewarnakan rambut walaupun dengan jenama yang tidak asing lagi.

Sekiranya pengguna tidak sihat atau mengalami kerengsaan kulit, jangan gunakan pewarna terbabit.

Menurut NHS lagi, paraphenylenediamine (PPD) kemungkinan punca tindak balas alahan terhadap pewarna rambut.

Dalam kes kecemasan perubatan terburuk pernah direkodkan, seorang pengguna mengalami tindak balas alahan yang serius (anaphylaxis).

2hmdye: @haydenphobia ketika normal. FOTO agensi

2hmdye1: wajah @haydenphobia selepas mewarnakan rambutnya. FOTO agensi

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 10:44 AM