Presiden AS, Joe Biden dalam siri lawatan sekitar Las Vegas, Nevada. - FOTO AFP
Presiden AS, Joe Biden dalam siri lawatan sekitar Las Vegas, Nevada. - FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir memohon maaf selepas anaknya membuat catatan dalam talian seolah-olah Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menghidap penyakit Alzheimer.

Shuvael Ben Gvir menulis bahawa adalah "penting untuk meningkatkan kesedaran" tentang keadaan otak yang merosot, yang merupakan penyebab paling biasa penurunan kognitif dan demensia pada orang yang lebih tua".

Hantaran yang dibuat di X itu disertakan dengan gambar Biden, yang berusia 81 tahun.

Catatan Shuavel Ben Gvir kemudiannya dipadamkan tetapi bapanya menulis di platform yang sama bahawa "anak lelaki kesayangannya" telah melakukan "kesilapan serius" dan dia "sangat tidak bersetuju" mengenai hantaran itu.

"Amerika Syarikat adalah kawan baik kita dan Presiden Biden adalah kawan Israel," tulisnya dalam bahasa Ibrani.

Tidak ada tempat untuk komen "menghina" seperti itu, katanya, sambil menambah: "Saya memohon maaf atas kata-kata anak saya."

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ben-Gvir sendiri telah mengkritik Biden kerana tidak memberi Israel sokongan yang mencukupi dalam perang dengan Gaza.

Kemarahannya terhadap Biden berlaku selepas Washington mengambil tindakan mengenakan sekatan ke atas empat warga Israel berikutan peningkatan keganasan terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 5:59 PM