PENDUDUK Palestin berdiri di dalam rumah yang rosak susulan perang antara Hamas dan Israel. FOTO Reuters
PENDUDUK Palestin berdiri di dalam rumah yang rosak susulan perang antara Hamas dan Israel. FOTO Reuters
AFP

Baitulmaqdis: Pengeboman tanpa henti Israel menggegarkan bandar ini pada Isnin lalu, ketika jurucakap tenteranya memberi amaran bahawa perang menentang Hamas akan berterusan sepanjang 2024.

Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant bertemu tentera di Gaza pada Isnin dan berikrar bahawa kehidupan akan kembali kepada biasa bagi penduduk di komuniti sempadan yang terjejas dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Di selatan Semenanjung Gaza, rakaman AFPTV menunjukkan kepulan asap selepas serangan ke atas Rafah dan lebih jauh lagi, rakyat Palestin di utara, termasuk kanak-kanak dan cedera dalam serangan di Khan Yunis, dibawa ke Hospital Nasser di bandar itu.

Di tengah Gaza, penduduk Deir al-Balah memeriksa kerosakan dan mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, pihaknya bersiap sedia untuk pertempuran panjang yang akan datang sepanjang tahun ini

Tembakan artileri dan serangan udara yang kuat dilaporkan di seluruh wilayah itu, dengan kementerian kesihatan di sana berkata, 15 mayat daripada keluarga sama ditemukan pada Isnin dari runtuhan rumah yang dibom di Jabalia, dekat utara Gaza.

"Ia adalah tahun paling teruk dalam hidup kami.

"Setiap hari baharu adalah seperti hari sebelumnya, pengeboman, kematian dan pembunuhan beramai-ramai," kata Sami Hamouda, 64, penduduk Palestin kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 12:55 PM