Agensi

Richmond: Peguam bagi Amber Heard memohon mahkamah di Virginia, Amerika Syarikat, mengetepikan keputusan saman fitnah dengan bekas suaminya Johnny Depp.

Peguam itu memohon untuk mahkamah untuk menggugurkan kes atau mengarahkan perbicaraan semula.

Dalam dokumen mahkamah pada 1 Julai di mahkamah Fairfax County, peguam Heard mendakwa ganti rugi yang diberikan mahkamah kepada Depp adalah berlebihan, selain tidak disokong oleh sebarang bukti ketika perbicaraan.

Mereka juga mendakwa Depp bergantung kepada 'kenyataan sekatan masa dan keistimewaan kehakiman sebagai asas dakwaan fitnah'.

Heard dan Depp didapati bertanggungjawab atas fitnah dalam tindakan undang-undang mereka terhadap satu sama lain bulan lalu.

Juri mengarahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada Depp, manakala Heard hanya menerima AS$2 juta (kira-kira RM8.78 juta) daripada aktor itu.

AMBER Heard. FOTO fail AFP
AMBER Heard. FOTO fail AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 10:22 AM