ANAS Amireh
ANAS Amireh
Agensi

Washington: Kerjaya juruterbang sememangnya menjadi perhatian dunia, cari saja tanda pagar #pilotsof Instagram akan muncul pelbagai gambar wanita dan lelaki bergaya dengan pakaian seragam itu.

CNN melaporkan juruterbang sangat popular di platform media sosial itu, dengan beberapa orang daripadanya mempunyai lebih banyak pengikut daripada bintang Hollywood.

Salah seorang juruterbang paling terkenal ialah Patrick Biedenkapp atau PilotPatrick yang mempunyai hampir 800,000 pengikut.

PilotAmireh, Anas Amireh tidak ketinggalan dengan hampir setengah juta pengikut.

Amireh yang juga mempunyai saluran YouTube popular mengatakan dia sering dikenali oleh pengikutnya ketika dia bertugas, bahkan ketika dia sedang bercuti.

"Hampir setiap negara yang saya kunjungi, ada orang yang akan kenal siapa saya," katanya kepada CNN Travel.

"Pengikut saya datang dan ingin mengambil gambar dan saya berkongsi cerita dengan mereka.

"Ketika saya di New York, saya pergi ke Times Square dan selepas lima minit seorang lelaki menghampiri saya dan berkata, 'Hai Pilot Amireh. Dunia ini sangat kecil'," katanya.

Begitu juga dengan juruterbang ini, Raymon Cohen, yang menerbangkan jet peribadi dan mempunyai lebih 80,000 pengikut Instagram.

"Orang awam tidak lagi boleh memasuki kokpit, jadi ini seperti rahsia besar," kata Cohen, yang menggunakan Instagram, PilotRaymon.

"Sekarang ini, (mengikuti juruterbang di Instagram) adalah satu-satunya cara orang dapat melihat apa yang berlaku dalam kokpit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 7:20 AM