REAKSI Mac selepas dapat melihat objek berwarna.
REAKSI Mac selepas dapat melihat objek berwarna.
Agensi

Atlanta: Seorang lelaki tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas mampu melihat warna pada objek.

Sejak lahir, McKinley Erves, 22, mengalami rabun warna dan pelbagai usaha dibuat bagi memulihkan masalah itu.

Namun, kehidupannya bertukar apabila dia dapat melihat objek berwarna selepas memakai cermin mata khas yang dihadiahkan rakan.

Video detik indah itu dirakam sebelum dikongsikan di laman sosial sehingga mengundang emosi warganet.

Timesnownews.com melaporkan, lelaki yang mesra disapa Mac itu mengalami kesukaran dalam kehidupan kerana masalah buta warna sejak lahir.

Melihat kesukaran itu, rakannya berhajat menghadiahkan cermin mata khas buta warna kepadanya.

"Cermin mata baharu, ini paling gila (dapat melihat objek berwarna)," luah Mac dalam video itu.

Sebaik memakai cermin mata itu, Mac mampu melihat warna pada kereta serta tumbuhan di sekeliling kawasan kejiranannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 6:31 AM