GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

San Francisco: Perkhidmatan popular Google termasuk Gmail dan Drive tidak dapat digunakan oleh ramai penggunanya di seluruh dunia, pada Khamis.

Syarikat teknologi berkenaan berkata, pihaknya menyedari gangguan terhadap perkhidmatan berkenaan.

Aduan diterima daripada pengguna di negara seperti Australia, Jepun, Perancis dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, laman web DownDetector melaporkan perkhidmatan Google tidak dapat digunakan di semua benua.

Google menerusi ciapannya di Twitter berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2020 @ 6:16 PM