FILE PHOTO: Britain's Conservative MP Nadine Dorries attends the launch of former British Foreign Secretary Boris Johnson's campaign for the Conservative Party leadership, in London, Britain, June 12, 2019.    REUTERS/Henry Nicholls/File Photo

AFP

LONDON: Menteri Kesihatan United Kingdom Nadine Dorries, disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

“Saya sahkan bahawa saya positif Covid-19 dan saya kini menjalani pengasingan di rumah, “ katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kesihatan kini mengesan dari mana beliau dijangkiti virus itu dan kotak rapatnya.

Dorries, yang membantu merangka dasar untuk menangani wabak itu, adalah ahli Parlimen Britain pertama yang dijangkiti Covid-19.

The Times melaporkan beliau sebelum ini ada bertemu dengan ramai orang termasuk Perdana Menteri Boris Johnson.

Dia berasa kurang sihat pada Jumaat ketika menandatangani dokumen membolehkan Covid-19 dianggap penyakit untuk tujuan tuntutan insurans.

Dorries berkata, beliau kini dalam proses pemulihan.

Berita mengejutkan boleh menyebabkan sidang Parlimen terpaksa ditangguhkan.

Setakat ini, enam orang disahkan maut akibat Covid-19 di Britain dengan 373 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 9:10 AM