KAKITANGAN menyembur pembasmi kuman di bas di Banda Aceh. FOTO AFP
KAKITANGAN menyembur pembasmi kuman di bas di Banda Aceh. FOTO AFP
Reuters

JAKARTA: Indonesia menyekat kemasukan dan transit rakyat asing yang berada untuk tempoh 14 hari di bandar terjejas teruk akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Iran, Itali dan Korea Selatan.

Kementerian Luarnya juga berkata, individu yang datang dari bandar lain di tiga negara terbabit pula perlu mengemukakan sijil pengesahan kesihatan.

Langkah itu susulan sekatan kemasukan dan transit untuk pengunjung dari tanah besar China.

Dalam pada itu, rakyat Indonesia yang datang dari tiga negara terbabit, terutama yang berada di zon wabak, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat ini, negara dengan penduduk keempat terbanyak di dunia itu melaporkan dua kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 4:15 PM