PANDA merah yang dijumpai. FOTO/AGENSI
PANDA merah yang dijumpai. FOTO/AGENSI
AFP

LYON: Seorang penduduk menemui seekor panda merah dalam halaman rumahnya di Perancis tengah awal pagi ini selepas haiwan itu melarikan diri dari sebuah zoo seminggu lalu.

Panda jantan berusia tiga tahun itu melarikan diri dari zoo di Saint-Martin-la-Plaine pada Khamis lalu.

Namun, panda merah betina yang ditempatkan bersamanya tidak mengikutnya melarikan diri.

“Seorang penduduk menghubungi kami sekitar jam 8.15 pagi dan memberitahu seekor panda merah di dalam pokok renek halaman rumahnya,” kata veterinar Dr Jean-Christophe Gerard.

Gerard berkata, haiwan terancam itu didapati sedikit kurus, namun dalam keadaan sihat.

Panda merah itu mengambil kesempatan beberapa pokok di zoo terbabit tumbang akibat salji lebat untuk melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 9:58 PM