DARIA TURCHINA
DARIA TURCHINA
Agensi

MOSCOW: Seorang wanita disiasat polis selepas menggigit kepala kucing kesayangan kekasihnya kerana berang selepas bertengkar dengan lelaki itu.

Daily Mirror melaporkan, Daria Turchina, 38, yang berasal dari wilayah Moscow Oblast turut menyiarkan aksi berkenaan secara langsung di media sosial.

Pada permulaan video itu Daria dilihat memegang kucing berkenaan sambil tersenyum.

Dia kemudiannya memegang kucing itu dengan kuat sambil memaki haiwan berkenaan dengan kata-kata kesat.

“Kamu tahu saya boleh membunuh kamu? Saya boleh bunuh kamu, hancurkan kamu. Kamu faham,” katanya dan terus menggigit kepala kucing itu.

Media tempatan melaporkan, Daria bertengkar dengan kekasihnya dan dia cuba membalas dendam terhadap lelaki itu dengan mencederakan kucing berkenaan.

Pihak berkuasa dilaporkan menyiasat tindakan Daria selepas video itu menjadi tular dan mendapat banyak laporan daripada orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 12:40 AM