TAHANAN menggunakan kepala manusia sebagai bola untuk permainan bola sepak yang memualkan. - Agensi
TAHANAN menggunakan kepala manusia sebagai bola untuk permainan bola sepak yang memualkan. - Agensi
Agensi

BRASILIA: Video memualkan yang dirakam di sebuah penjara di utara Brazil memaparkan banduan menendang kepala musuh yang dipenggal di atas bumbung penjara, susulan pergaduhan yang melihat 57 tahanan terkorban.

Daily Mail melaporkan, lebih enam banduan dilihat berkeliaran di atas Pusat Pemulihan Serantau Altamira di negeri Para utara Brazil, menggunakan kepala manusia untuk permainan bola sepak yang meloyakan.

Laporan tempatan menyebut, ahli geng dari Blok A menyerang saingannya di Blok B, mengunci bilik penjara dan memulakan kebakaran hingga menyebabkan ramai banduan maut kerana lemas asap.

Hampir 16 daripada mangsa yang maut dipenggal ketika pertempuran berdarah lima jam yang berakhir pada waktu tengah hari, kata pegawai dari jabatan penjara kerajaan negeri Para.

Polis tentera dikerah ke tempat kejadian dan berunding dengan banduan yang mengurung diri mereka di dalam blok sel.

Media Brazil melaporkan dua pegawai penjara turut dijadikan tebusan tetapi dilepaskan selepas rundingan antara polis sivil dan Pejabat Pendakwa.

SEORANG wanita menangis selepas mendapat tahu adiknya antara banduan yang terkorban. - Reuters
SEORANG wanita menangis selepas mendapat tahu adiknya antara banduan yang terkorban. - Reuters

Majalah G1 Brazil melaporkan, penjara Altamira berkapasiti 200 tahanan tetapi mempunyai 311 tahanan.

Pihak berkuasa Brazil tidak menamakan dua kumpulan bermusuh yang terbabit dalam serangan itu.

Akhbar Brazil O Globo melaporkan, pertelingkahan antara organisasi jenayah mendorong pemberontakan.

Rusuhan itu berlaku selepas 55 orang disahkan mati dalam rusuhan di negeri utara Amazonas Brazil pada bulan Mei.

Pertempuran semalam menandakan pembunuhan kedua terbesar dalam penjara pada 2019.

HAMPIR 16 dari 57 orang mati dipenggal. - Agensi
HAMPIR 16 dari 57 orang mati dipenggal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 6:59 AM