GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

BUDAPEST: Sebuah pesawat Smartwings membuat pendaratan cemas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Liszt Ferenc berikutan gear pendaratan rosak, hari ini.

Pesawat Boeing 737-400 itu menuju ke Hurghada, Mesir dan membawa 151 penumpang dengan sembilan anak kapal.

Pihak berkuasa tempatan berkata, pesawat milik syarikat penerbangan Czech itu berjaya mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut laman webnya, Smartwings antara syarikat penerbangan yang berkembang pesat di Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 3:12 PM