GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

SAN FRANCISCO: Facebook mengesahkan aplikasi media sosial itu termasuk Instagram dan Whatsapp yang mengalami gangguan di seluruh dunia semalam, sudah pulih sepenuhnya.

Perkhidmatan pengawasan atas talian, DownDetector sebelum itu melaporkan, aplikasi berkenaan mula terjejas kira-kira jam 12 tengah malam.

“Masalah itu sudah ditangani dan ia sepatutnya pulih sepenuhnya,” kata syarikat itu menerusi hantaran di Twitter awal pagi tadi sambil memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Jurucakap Facebook menjelaskan, operasi penyelenggaraan rutin yang dilakukan secara tidak sengaja mencetuskan pepijat sekali gus menyukarkan pengguna memuat naik atau menghantar gambar serta video, lapor media,

Tanda pagar #Facebookdown dan #instagramdown menjadi trending di Twitter ketika semua pengguna merungut aplikasi media sosial terbabit mengalami gangguan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 11:23 AM