FOTO Agensi
FOTO Agensi
AFP

LAHORE: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu serangan bom di sini ketika umat Islam sedang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan, kata stesen penyiar rasmi, Pakistan Television.

Letupan berlaku di kawasan penuh sesak di bandar Lahore berhampiran pintu masuk jemaah wanita di masjid Data Darbar antara makam suci terbesar penganut Sufi di Asia Selatan, kata polis.

Makam berusia 11 abad itu sebelum pernah menjadi sasaran dalam serangan bom berani mati pada 2010 menyebabkan lebih daripada 40 orang terkorban.

Polis bandar di timur negara itu mengesahkan berlaku letupan tetapi tidak memberikan angka korban.

Stesen PTV turut menyiarkan rakaman kenderaan rosak dan kakitangan kecemasan di lokasi kejadian.

Seorang pegawai polis tempatan, Muhammad Kashif, berkata letupan itu mungkin serangan berani mati yang mensasarkan kenderaan pegawai keselamatan.

“Setakat ini kami masih cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut dari lokasi kejadian,” tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 1:50 PM