Xu Xiaodong (kiri) bersedia untuk berlawan dengan Ding Hao. FOTO Ihsan Agensi
Xu Xiaodong (kiri) bersedia untuk berlawan dengan Ding Hao. FOTO Ihsan Agensi
Daily Mail

JAGUH seni bela diri campuran (MMA) sekali lagi menjadi perhatian di China apabila membelasah seorang pengamal kung fu yang mendakwa waris legenda kung fu, Ip Man.

Xu Xiaodong, 39, yang juga jurulatih MMA menumbangkan Ding Hao, 20, yang mendakwa sebagai pengamal seni bela diri Wing Chun dalam perlawanan yang berlangsung di Chengde, Hebei, China pada 18 Mac lalu.

Dalam pertarungan yang disiarkan secara langsung di Internet itu, Xu beberapa kali menjatuhkan Ding.

Xu pada tahun lalu menjadi popular selepas menewaskan seorang lelaki yang mendakwa pakar Tai Chi dalam tempoh 10 saat.

Pertarungan itu mencetuskan perdebatan sama ada teknik pertempuran moden lebih hebat berbanding seni bela diri tradisional Cina.

Xu juga berikrar membuktikan seni bela diri tradisional Cina adalah satu penipuan dan mencabar mana-mana pakar seni bela diri untuk melawannya.

Dalam pertarungan itu, Xu dicabar oleh Ding yang mendakwa sebagai waris keempat Ip Man, seorang pengawal Wing Chun dan guru bintang seni bela diri, Bruce Lee.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 9:13 PM