Kerosakan akibat banjir lumpur yang melanda penempatan mewah selebriti. -  - Foto Daily Mail
Kerosakan akibat banjir lumpur yang melanda penempatan mewah selebriti. - - Foto Daily Mail
Anggota bomba menyelamatkan remaja perempuan 14 tahun dari rumah yang  musnah di Montecito. - Foto Daily Mail
Anggota bomba menyelamatkan remaja perempuan 14 tahun dari rumah yang musnah di Montecito. - Foto Daily Mail
Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 13 maut selepas banjir lumpur membawa bertan-tan batu dan pokok tumbang melanda selatan California kelmarin.

Kawasan yang terjejas itu sebelum ini dilanda kebakaran hutan bulan lalu, yang menjejaskan puluhan ribu penduduk.

Reuters melaporkan, banjir lumpur melanda sebelum Subuh semalam, selepas ribuan penduduk di Santa Barbara County diarahkan berpindah.

Bagaimanapun, menurut jurucakap jabatan bomba Santa Barbara County, Amber Anderson memberitahu, hanya antara 10 hingga 15 peratus akur dengan arahan berpindah itu.

Penduduk di Montecito dan Carpenteria berhampiran bandar Santa Barbara adalah paling teruk terjejas.

Menurut Daily Mail, beberapa mayat ditemui dalam selut dan serpihan di Montecito, 160 kilometer dari Los Angeles.

Kebanyakan yang maut adalah di Montecito, kawasan penempatan mewah dihuni kira-kira 9,000 penduduk, termasuk Oprah Winfrey, Rob Lowe dan Ellen DeGeneres.

Pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan dan helikopter untuk menyelamatkan puluhan penduduk yang terperangkap.

Banjir lumpur menumbangkan pokok, memusnahkan rumah, menghalang lebuh raya dan menyebabkan kediaman penduduk diliputi lumpur tebal.

“Saya boleh gambarkan keadaan di sini seperti medan perang.

“Jumlah kematian mungkin meningkat kerana pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa dalam puluhan rumah yang musnah atau rosak,” ,” kata Sheriff Santa Barbara County, Bill Brown.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 5:22 PM