SHEYANTHA Abeykoon
SHEYANTHA Abeykoon
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Boost, syarikat Fintech milik Axiata diumumkan sebagai pembiaya secara digital sepenuhnya pertama di Asia Tenggara yang memperoleh penarafan gred pelaburan A1 daripada RAM Ratings.

 Penarafan itu diperoleh untuk tranche pertama Nota Jangka Masa Sederhana (MTN) Senior Kelas A, kategori pembiayaan belum terima disekuritikan.

 Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Sheyantha Abeykoon  berkata, kejayaan itu menjadi penetap standard sekali lagi di industri yang baru bertapak, tetapi amat berpotensi untuk terus berkembang.

  "Penarafan A1 bagi tranche disekuritikan mengiktiraf mutu portfolio pembiayaan dan keteguhan pelantar peminjaman alternatif kami.

  "Solusi digital yang ditawarkan senang dikendali dan mudah diakses oleh pelanggan, merangkumi sistem e-Know Your Customer (eKYC) yang komprehensif, dilengkapi proses permohonan digital berdurasi tiga minit yang dipacu teknologi kercerdasan buatan (AI) dan jentera pembelajaran mesin.

"Kami menjangka penarafan ini akan mempelbagaikan sumber modal syarikat, dan membolehkan kami membantu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

  "Kami komited untuk terus merealisasikan aspirasi memajukan keterangkuman kewangan, dan teruja memikirkan kemungkinan membantu lebih banyak PKS seiring perjalanan kami untuk menjadi syarikat fintech spektrum penuh serantau," katanya dalam kenyataan.

  Penarafan oleh agensi penarafan kredit utama di Malaysia membuktikan kebolehan dan keupayaan Boost dalam memacu keterangkuman kewangan melalui Boost Credit (dikenali sebelum ini sebagai Aspirasi) dan pendekatan rangka kerja pemarkahan data alternatif.

 Portfolio syarikat diteliti sepenuhnya dan didapati berupaya memenuhi tanggungan kewangan.    

 Boost Credit memiliki kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) yang baik, iaitu kurang daripada 3.0 peratus untuk dana yang disalurkan untuk membiaya keperluan pelanggan dari sektor PKS, termasuk modal kerja, pembiayaan rantaian bekalan dan pembiayaan invois untuk mengembangkan perniagaan mereka.   

  Prestasi ini didayakan oleh pemarkahan kredit yang rapi dan berpandukan pelbagai model alternatif data dan AI.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 12:35 PM