Lazada 9.9 Biggest Brands Sale bermula tengah malam ini.
Lazada 9.9 Biggest Brands Sale bermula tengah malam ini.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Kurang daripada 12 jam lagi menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale yang bermula tepat jam 12 tengah malam ini, Lazada Malaysia menyediakan kalendar LazMall bulan September sebagai panduan untuk membantu pembeli dalam talian merebut tawaran terbaik sepanjang bulan ini.

Ia bermula dengan LazMall Crazy Brand Mega Offers ( https://lzd.co/LazMallBrandMegaOffersMY ) dan Exclusive Midnight Deals pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Sebagai persiapan untuk mendapatkan tawaran terbaik di pasaran di LazMall Crazy Brand Mega Offers dalam masa dua jam pertama Jualan 9.9 Lazada, pastikan untuk menambah nilai Lazada Wallet terlebih dahulu sebelum tengah malam ini.

Lazada juga telah memperkenalkan Exclusive Midnight Deals baharu yang akan memberi pelanggan baucar tambahan 10% dan 999 LazCoins, di samping promosi sedia ada dari jam 12 malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Baucar diskaun 10 peratus tambahan, yang boleh digunakan bersama LazMall Crazy Brand Mega Offers,

akan disediakan di laman Jualan 9.9 Lazada tepat pada jam 12 malam pada 9 September dan boleh ditebus dalam masa dua jam pertama jualan bagi produk terpilih di laman berkenaan.

Apabila anda melengkapi proses pembelian bagi mana-mana LazMall Crazy Brand Mega Offers sebelum jam 2

pagi, 999 LazCoins akan dikreditkan secara automatik kepada akaun anda dalam aplikasi Lazada.

Selain daripada LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals dari jam 12 tengah

malam hingga 2 pagi ini pada 9 September, diskaun RM9 bagi setiap perbelanjaan RM99 melalui Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma , dan diskaun sehingga 60 peratus juga ditawarkan sepanjang Jualan 9.9 Lazada dari 9 September hingga 11 September.

Dengan lebih 10,000 jenama yang boleh didapati di LazMall Malaysia, 3,800 lebih banyak berbanding tahun lalu, pengguna Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan bermutu tinggi yang meliputi semua kategori sempena Jualan 9.9 Lazada.

Selepas Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, pesta beli-belah dalam talian tidak berakhir di LazMall sebaliknya ia akan diteruskan dengan Super Brand Day atau Brand Spotlight bersama rakan jenama istimewa untuk memberi tawaran hebat kepada pelanggan sepanjang bulan September bermula 15 hingga 30 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 12:48 PM