LIM Hock San berkata, sebagai pemaju pilihan, LBS sentiasa menyokong agenda perumahan kerajaan dan mempromosikan pemilikan kediaman dengan melancarkan kempen pemasaran baharu ini.
LIM Hock San berkata, sebagai pemaju pilihan, LBS sentiasa menyokong agenda perumahan kerajaan dan mempromosikan pemilikan kediaman dengan melancarkan kempen pemasaran baharu ini.

PEMAJU perbandaran terkemuka, Kumpulan LBS Bina Berhad (LBS) melancarkan kempen yang dinanti-nantikan oleh bakal pembeli rumah - Raikan Rezeki Bersama LBS di mana pembeli rumah berpeluang memenangi duit raya berjumlah RM445,000 di samping melayakkan diri untuk memenangi cabutan bertuah menarik bernilai lebih dari RM1 juta.

Tawaran istimewa ini ditawarkan untuk setiap pembeli rumah bagi projek LBS yang terpilih dari 8 April lalu hingga 30 Jun depan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju pilihan, LBS sentiasa menyokong agenda perumahan kerajaan dan mempromosikan pemilikan kediaman dengan melancarkan kempen pemasaran baharu ini.

"Kempen ini adalah salah satu inisiatif kami untuk membolehkan pembeli rumah menikmati ganjaran menarik serta penjimatan besar ketika membeli rumah dan menjadikan sambutan hari raya tahun ini lebih bermakna," katanya.

Menurutnya, menerusi kempen ini, LBS turut menyenaraikan tujuh tawaran luar biasa yang merangkumi cenderahati Kempen Pemilikan Rumah (HOC), bayaran tempahan rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran guaman percuma, bayaran balik pembayaran penuh sekiranya pinjaman ditolak dan pakej perabot rumah.

"Sebagai sebahagian daripada kempen Raikan Rezeki Bersama LBS, cabutan bertuah LBS Fabulous 2020 akan dilanjutkan lagi di mana pembeli rumah berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih dari RM1 juta seperti Proton X50, komputer riba dan tablet dengan sebarang pembelian hartanah kediaman LBS yang mengambil bahagian," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut serta kemas kini berkaitan, sila layari https://raya.lbs.com.my/, www.lbs.com.my, www.facebook.com/lbsbinagroup dan www.instagram.com/ lbsbinagroup.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 7:20 AM