LAI (kiri) pada pelancaran Fayfay.com.
LAI (kiri) pada pelancaran Fayfay.com.
Nabil Basaruddin

KUALA LUMPUR: Fayfay.com, platform e-dagang bersepadu khusus yang menawarkan pengalaman pelancongan di Vietnam kini dilancarkan di Malaysia bersandarkan kepada permintaan pengembara yang tinggi di negara ini.

Pengasasnya, Kingston Lai berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk memperkenalkan portal berkenaan di pasaran lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan menjelang tahun depan.

Katanya, pertumbuhan dalam sektor ekonomi digital di rantau Asia Tenggara menjadikan pihaknya melihat ia sebagai peluang untuk memperkenalkan platform kembara ini.

“Fayfay.com menawarkan pelbagai tawaran pakej kembara dan pelancongan di Vietnam dan ia adalah pusat sehenti bagi mereka yang ingin mencari kesesuaian dalam perancangan untuk melancong di negara terbabit.

“Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, portal ini menerima kira-kira 400,000 kunjungan pelawat yang merancang untuk melancong ke Vietnam.

“Peningkatan pelancong Malaysia ke Vietnam antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Jadi pilihan untuk melancarkan portal ini di negara ini adalah tepat,” katanya pada majlis pelancaran Fayfay.com di sini, semalam. Portal berkenaan bukan saja menawarkan pelancongnan ke destinasi utama seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, malah ia meliputi semua destinasi dan bandar di Vietnam.

Kingston berkata, Fayfay.com memberi pilihan kepada orang ramai untuk meneroka lokasi lain di negara itu seperti Dalat, Mui Ne, Phuo Quoc, Ninh Binh dan Hoi An.

“Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pantai, mereka boleh memilih Phu Quoc, Hanoi dan Hoi An untuk bandar lama yang penuh sejarah serta suasana urban di Ho Chi Minh,” katanya.

Tambahnya, Fayfay.com juga akan dilancarkan dalam versi aplikasi mudah alih pada suku kedua 2019 sebagai usaha menjadikannya lebih mudah dan selesa untuk digunakan.

Platform berkenaan bukan sahaja menyediakan pakej pelancongan, malah ia juga mempunyai tawaran seperti permohonan visa ketibaan, kad sim dan tempahan pengangkutan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 November 2018 @ 4:01 AM